Saturday, 28 March 2015

Dia Kirana Aisyah Part 1

              "Kiraaaa !!! Cepatlah !" Jerit Kieran dari bawah . Alamak matilah aku !
                 " Jap, jap . Nak turunlah ni ." Cepat-cepat aku membetulkan tocang rambut dan mencapai beg sekolah di sebelah meja belajar . Tergesa gesa aku menuruni anak tangga . Aku lihat ayah dan ibu masih lagi relaks bersarapan di meja makan . Kieran pun sama . Ayah dan ibu menggelengkan kepala , Kieran pula menahan gelak . Aku kebingungan tapi selepas itu baru aku sedar yang si Kieiran ni sengaja jerit macam dah lambat sangat pergi sekolah . Aku melihat jam tangan . dah sah kena tipu dengan kieran ni . Baru 6.30 pagi kot !!
                 "Kierannnnnn !!!" aku mencubit dan memukul-mukul lengannya . Kieran menjerit sakit . Haa padan muka , siapa suruh tipu . 
                 " Auuww . Sakitlah.." Kieran mennggosok-gosok lengannya . 
                 " Dah, dah . Kira, Kieran , cepat makan , karang lambat pergi sekolah , " Ayah menegur lembut . Ibu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya . Aku mencapai roti canai dengan muka selamba . Kieran ? hmph , menahan rasa sakit . siapa suruh dia tipu , buat aku tergesa-gesa . kan dah kena .
                Usai bersarapan , ayah menghantar kami ke sekolah . Memang menjadi kebiasaan ayah yang menghantar kami ke sekolah walaupun kami ada pemandu . Ayah cakap ayah nak tengok sendiri anak-anak dia masuk ke dalam kawasan sekolah . Pemandu pulak akan ambil kami selepas sesi persekolahan .
              "Abang , adik , ingat pesan ayah . belajar betul betul , dapatkan gred cemerlang , "
              "Jangan lawan cakap cikgu , kena hormat semua orang , buat baik dengan semua orang dan yang paling penting kena jaga antara satu sama lain . okay ayah , kitorang faham , " Serentak kami menuturkan apa yang ayah hari hari pesan sampai dah hafal dah . Ayah senyum senang . 
             "Bagus anak-anak ayah , Okay lah , pergi masuk , ayah ada meeting ni ." setelah bersalaman , kami memasuki perkarangan sekolah . Dua orang pengawas yang bertugas di pagar sekolah memberi salam . 
             Seperti biasa, aku dan kieran akan memantau kawasan sekolah sekolah sebelum perhimpunan pagi dimulakan . Sekarang jam menunjukkan 6.50 pagi . Ada 25 minit lagi sebelum perhimpunan dimulakan . Pelajar yang lambat akan diambil namanya dan dihantar kepada guru didiplin untuk diberikan tindakan tegas . 
            " Kira, Kieran pergi clear aras atas, Kira clear aras bawah . " Aku mengangguk tanda okey . Aku berjalan di koridor dan menjenguk setiap kelas . Setiap kelas yang aku masuki , pasti akan aku berikan arahan supaya bersedia untuk perhimpunan . 
            Setelah selesai mengosongkan kelas , aku bergegas pula ke tapak perhimpunan bagi memastikan semua pelajar beratur dengan berdisiplin . 
             " Assalamualaikum dan salam sejahtera , Semua pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing bagi memudahkan pengawas mengira bilangan pelajar yang hadir dalam kelas anda. Jika ada yang tidak hadir ke sekolah , ketua kelas atau penolong ketua kelas , sila berikan nama pelajar tersebut kepada pengawas yang bertugas . Terima kasih , " Aku memberikan mikrofon kepada badan kepimpinan pelajar yang bertugas . Perhimpunan dimulakan dan ditamatkan dengan lancar .