Saturday, 4 April 2015
Dia Kirana Aisyah part 2
Usai perhimpunan , biasalah masa tu lah semua pelajar berpusu pusu untuk ke kelas . Aku berjalan perlahan , memberi peluang kepada pelajar yang lain untuk masuk ke kelas . Kaki diatur ke bangunan baru yang menempatkan pejabat sekolah dan bilik guru . Kelas aku terletak diatas bilik guru . Nasib baik tak tinggi sangat bangunan ni . "Hoi !" Aku terkejut . Ini tak lain tak bukan si Syifa lah ni . Dia je yang suka sangat tepuk belakang badan aku ni sampai lebam . "woi , kau ni kan . sakit tau tak ?!" selamba dia jawab , "tau, " Syifa tersengih macam kerang busuk . Aku cepat cepat melangkah ke arah tangga . "weh weh , tunggulah akuuu !" Syifa menjerit . Aku ketawa . Aku lihat semua pelajar sudah bersiap siap untuk ke makmal fizik . Subjek yang aku paling lemah . Haiyakk . Dalam perjalanan ke makmal fizik , Syifa menyinggung siku aku . Aku tanya dia kenapa . Bibirnya terjuih juih macam beruk makye menunjuk 'crush' aku . BHAHAHA . crush konon . Menyampah aku . semenjak aku tahu yang dia suka pada orang lain , terus aku lupakan dia. Kieran tahu tapi dia pun dah menasihatkan aku supaya lupakan aje si Aniq tu . Yes , nama dia Aniq Mikail . Sedap nama dia . Perangai pun elok . Alim , hormat orang tua , baik hati , rajin , eh terlebih definisi . Haha . perkara perkara itulah yang membuatkan aku suka pada dia . Tapi apakan daya . Cikgu fizik aku pun sudah sampai semasa aku sibuk mendefinisikan si Aniq tadi . Fokus aku berikan kepada kelas yang aku sangat lemah . "Weh Kira , kau suka lagi ke kat Aniq tu ? " aku mengerutkan dahi . Tangan mencapai dompet didalam beg sekolah . "Mana ada . Kan aku dah cakap , aku dah lupakan dia dah . Ish kau ni . " aku keluar dari kelas . Syifa mengejar aku . "Hoi , janganlah tinggalkan aku . " Aku ketawa . "kau lambat . cepatlah . " Dalam perjalanan ke kantin yang agak jauh tu , boleh pulak terserempak dengan 'crush' aku tu . Hadeii.. Syifa apalagi , menyinggung nyinggung lagi lah siku aku . "ish , kau ni kenapa syifa oi . sakitlah siku aku ni . " Aku berjalan selamba . Aniq melemparkan senyuman manis . Aku tak salahkan dia pun sebab dia memang seorang yang pemurah dengan senyuman . Aku membalas senyumannya . Syifa dari tadi dok menyinggung nyinggung siku aku . Haish budak ni . Karang ketara lah yang aku ni ada hati kat dia . Aku terkejut apabila aku mendengar Aniq seperti memanggil nama aku . "Kira , minggu ni jangan lupa tau kita ada perjumpaan hari sabtu ni . " Aku mengangguk perlahan . "Tau , tak lupa sebab Kieran dah bagitahu dah . in shaa Allah . " Aku tersenyum dan berlalu pergi dengan Syifa . "Weh , perjumpaan apa ? kau tak bagitahu aku pun eh ?" Aku memandang Syifa . "Perjumpaan untuk Majlis Hari Guru nanti . " Syifa mengerutkan dahi . "Aik , abang kau kan Ketua Pengawas , bukan dia ke yang sepatutnya handle benda ni?" Aku mengeluh . "Syifa , abang aku tu bukan ada banyak tangan tau . tangan dia satu je . So dia bahagikan event-event antara MT (Majlis Tertinggi) . And Aniq yang kena handle Hari Guru nanti . Faham ?" Syifa mengangguk faham .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment