Wednesday, 8 April 2015
Dia Kirana Aisyah Part 3
"Kira cepat, nanti lambat ." Terjengul muka Kieran di pintu bilikku . "Haa , kejap lah ." Kataku sambil membetulkan cekak di rambut dan mengambil beg silang di sebelah meja belajar . "Ayah hantar Kieran dengan Kira ye . Balik nanti ayah ambil jugak . " Aku mencapai roti dan mentega . "Ayah tak pergi ofis ke hari ni ?" Ayah menggeleng sambil tersenyum. Usai makan , kelam kabut aku dan Kieran masuk ke dalam kereta kerana takut terlambat . Dah nak pukul 8 pagi dah . Mana tak kecut perut. " Nanti dah habis call ayah , okay ?" Aku dan Kieran menyalami ayah dan berlari lari anak ke arah bilik mesyuarat . "Assalamualaikum . Sorry , sorry . Kitaorang lambat . Semua dah sampai ke ?" Kieran memberi salam sambil mengambil tempat duduk di meja mesyuarat . Aku pula mengambil tempat disebelah Kieran . "Eh taklah , mana ada kauorang lambat . Semua orang tengah makan makan dulu . " Aniq tersenyum mesra . Aku membuka buku catatan sambil meneliti semula coretan idea semalam . "Okaylah . Kalau semua dah ada, bolehlah kita mula ." Aniq bersuara . Majlis Tertinggi sebenarnya hanya ada 6 orang . Ketua Pelajar adalah Kieran , Penolong Ketua Pelajar pula adalah aku . Aniq adalah setiausaha wakil pelajar , Amira adalah bendahari wakil pelajar , Adrian pula Biro Disiplin pelajar dan Badrul pula Biro pendidikan . 4 orang lagi dilantik dalam kalangan kelas Senior . Mereka yang dilantik ini bertanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa dalam majlis . Seorang demi seorang membentangkan idea masing masing . Ada yang ingin membuat konsep taman lah , adiwira lah , macam macam . Tetapi semuanya seperti sukar untuk dilakukan oleh sebab kekangan masa dan bajet . Giliran aku pula untuk membentangkan idea aku . "Saya cadangkan kita buat hari guru tahun ni bertemakan anugerah meletop . " Aku berhenti seketika . Menunggu respon semua pihak . Aniq mengerutkan dahi . " Kira , tolong terangkan" Aku te "okay , macam ni . Anugerah penghargaan untuk artis tu kan macam glamor glamor gitu , ada red carpet , ada macam macam lah kan . Idea saya , kita bentangkan red carpet didalam dewan . Kita minta pelajar pelajar yang ada kamera dslr , bawa kamera diaorang and be reporters for a day . Diaorang yang akan ambil gambar gambar cikgu sepanjang red carpet tu . And tepi dewan , kita hias kan dengan poster filem . Dan poster anugerah meletop . Kita minta bantuan Kelab Media untuk poster . Hiasan atas pentas , we just need balloons , boxes . Kita buat ringkas tapi nampak glamor . Untuk awards , kita boleh buat undian pelajar , macam tahun tahun sebelum ni . Setakat ni , itu saja idea saya memandangkan baru coretan kan ? so , itu saja ." Aku menghabiskan ayat dengan senyuman . Nampak macam diaorang ni setuju saja . " so , apa kata kauorang ? Saya suka dengan idea Kirana . Ringkas tapi glamor . " Aniq bersuara . Semua orang mengangguk angguk menandakan persetujuan mereka . " Kira , saya nak awak tolong sketchkan hiasan dan idea awak . Kita tengok dulu, sesuaikan dengan bajet . Dan kalau ada sesiapa yang ada nak menambah idea , dipersilakan . " Hampir 5 jam memeras otak , akhirnya semua perancangan telah disusun rapi . Setelah 5 jam berkurung didalam bilik mesyuarat , semua dibenarkan pulang . Aku mengeluh keletihan . " Kira , call ayah ." Kieran menyuruh . Aku mencapai handphone di dalam beg dan menghubungi ayah . "Assalamualaikum ayah . Kitorang dah habis ni . Boleh lah ambil kitaorang . Oh ayah dah dalam perjalanan ? okaylah . Bye ." Aku menyimpan handphone . "Ayah dah on the way." aku berkata kepada kieran . " Okaylah geng . ayah kitaorang pun dah sampai , kitaorang balik dulu lah eh . Bye . " Kieran berkata sambil menyalami aniq . Kelihatan kereta ayah telahpun sampai di pagar sekolah . Aku masuk ke dalam kereta dengan pantas kerana panas terik . "Macam mana perbincangan tadi ?" ayah bertanya . " Ada orang tu kan ayah , masa perbincangan senyap je . Bila tiba giliran dia ayah , tu dia , macam machine gun bagi idea . Ayah nak tau tak siapa ?" Kieran memandang ke arah aku di belakang . Aku menjulingkan mata ke atas . Ayah tersenyum mesra . " Siapa ?" "Anak ayah yang paling kuat juih bibir lah ." Kieran dan Ayah ketawa kuat . Aku menjuihkan bibir sambil memeluk tubuh . merajuk . Ish diaorang ni kan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment